Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terhangat

Catatan Popular

Catatan Popular


TV AlHijrah atau TVAH merupakan saluran televisyen digital Islam pertama di Malaysia. Dimiliki oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Perdana Menteri Malaysia (JPM), ia beroperasi dari Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Sebelum penubuhan TVAH, JAKIM sudah memiliki radio hal ehwal Islam sendiri, iaitu Salam FM. [1] Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) saluran TV AlHijrah yang pertama, Bukhari Che Muda (Allahyarham). Juga bekas Ketua Pegawai Operasi (CEO) saluran TV9 milik Media Prima.

TV AlHijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Mersing, Sabah dan Sarawak, menemui penonton mulai 1 Disember 2010. Ia memulakan siaran ujian pada 1 November 2010 dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

TV AlHijrah dapat ditonton menerusi Astro saluran 114 bermula 1 Jun 2011. Siarannya telah dipanjangkan dari 12 tengah hari hingga 12 malam pada Isnin hingga Khamis manakala bersiaran dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Siaran percuma yang bertemakan "Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki, Palestin dan Belanda. Sejumlah 30 peratus daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV AlHijrah.


Nota :
i.  Sila tunggu 10 hingga 20 saat kerana Streaming TV sedang loading.
ii. Jika masih tidak muncul, tekan F5 atau 'right-click' dan 'refresh'.

Carian